Jumaat, 2 Julai 2010

Sejarah Kereta HONDA

Honda Civic adalah model kereta kompak keluaran Honda. Ia mula dikeluarkan pada Julai 1972 sebagai model kereta 2 pintu, disusuli dengan varian hatchback 3 pintu dan model 4 pintu. Model terawal menggunakan enjin 1169 cc pacuan roda hadapan manakala model terkini generasi kelapan mempunyai 2 pilihan enjin iaitu 1.8L dan 2.0L.


Asalnya, seperti juga kereta-kereta buatan Jepun yang lain semasa zaman ia mula dikeluarkan, Honda Civic boleh dikatakan sebagai model "kereta rakyat" dengan aksesori asas seperti radio AM, penyaman udara, pengelap skrin hadapan 2 kelajuan dan rim keluli, tetapi kemudian Honda Civic terus mengalami evolusi tersendiri sehinggakan generasi yang lebih terkini menonjolkan ciri-ciri mewah. Honda Civic adalah jenama kereta Jepun kedua paling lama bertahan di dalam pasaran selepas Toyota Corolla. Di Malaysia, model terkini Honda Civic dipasang di kilang Honda cawangan Malaysia di Alor Gajah, Melaka.
.................................................................................................................
Ciri-ciri mengikut generasi
Generasi pertama (1972-1979)
Generasi pertama Honda Civic menggunakan enjin SOHC 1.2L 8 injap, manakala enjin CVCC (Compound Vortex Controlled Combustion) mula digunakan pada tahun 1975 untuk memenuhi tuntutan piawaian emisi Amerika Syarikat yang ketat, menjadikan Honda Civic generasi pertama sebagai satu-satunya model kereta yang melepasi piawaian emisi Amerika Syarikat pada masa tersebut tanpa menggunakan penukar bermangkin.
Model generasi pertama boleh didapati dalam varian
transmisi manual 5 kelajuan dan transmisi automatik 2 kelajuan. Ia juga boleh didapati dalam pilihan model 2 pintu atau 4 pintu.
Generasi kedua (1980-1983)


Generasi kedua Honda Civic menggunakan enjin Super CVCC yang telah ditambah baik, iaitu dalam varian 1.3L dan 1.5L. Model transmisi automatik juga turut ditambah baik melalui penggunaan kotak gear 3 kelajuan. Model generasi kedua juga adalah keluarga terawal yang memperkenalkan pilihan badan berbentuk sedan.
Generasi ketiga (1984-1987)


Enjin bagi keluarga Civic generasi ketiga dinaik taraf kepada enjin 12 injap yang lebih cekap. Selain itu, Honda turut memperkenalkan varian CRX, iaitu varian berprestasi tinggi pertama bagi keluarga Civic. Selain itu, model Civic CRX Si adalah varian pertama yang menggunakan sistem suntikan bahan api berbanding varian lain pada ketika itu yang masih menggunakan karburetor
Generasi keempat (1988-1991)


Model dalam keluarga generasi keempat Civic boleh didapati sama ada model karburetor ataupun model suntikan bahan api. Enjinnya juga dinaik taraf kepada enjin 16 injap, dengan sistem VTEC mula dipasang pada varian Civic SiR. Semua model transmisi automatik bagi generasi keempat Civic mula menggunakan transmisi 4 kelajuan.

Generasi kelima (1992-1995)


Bermula daripada generasi kelima, kereta Honda Civic mula popular di kalangan peminat sukan bermotor disebabkan penggunaan teknologi VTEC dalam hampir semua varian, di samping reka bentuknya yang anggun. Sungguhpun demikian, teknologi VTEC-E mula diperkenalkan dalam sesetengah varian dalam generasi kelima ini dengan tujuan utama untuk meningkatkan penjimatan bahan api. Pilihan enjin adalah sama ada enjin 1.5L ataupun enjin 1.6L.
.................................................................................................................
Generasi keenam (1996-2000)
.................................................................................................................
Keluarga generasi keenam mula menggunakan teknologi VTEC 3 Peringkat, menggabungkan peningkatan kuasa yang diperoleh daripada teknologi VTEC konvensional serta penjimatan bahan api yang didapati daripada teknologi VTEC-E. Di Malaysia, model generasi keenam ini adalah model Honda Civic terlaris sehinggakan pembeli terpaksa menunggu sehingga 6 bulan untuk mendapatkan kereta tersebut setelah ditempah pada minggu kedua pelancarannya. Semua varian Civic pada masa tersebut menggunakan enjin 1.6L. Sebuah varian berprestasi tinggi iaitu Honda Civic Type R mula diperkenalkan dengan enjin 1.6L ditala sehingga 185 bhp. Model tersebut adalah model kedua yang dilabelkan dengan label Type R selepas Honda Integra Type R
Generasi ketujuh (2001-2005)


Honda Civic generasi ketujuh menggunakan enjin yang lebih besar iaitu enjin 1.7L dan 2.0L untuk lebih kuasa. Kedua-dua enjin tersebut menggunakan teknologi i-VTEC bagi mengurangkan kesan "sentakan kuasa" semasa mekanisme VTEC berfungsi. Varian 2.0L mula menggunakan transmisi automatik 5 kelajuan. Varian Honda Civic Hybrid mula diperkenalkan pada tahun 2003 sebagai sebahagian daripada keluarga generasi ketujuh Civic. Ia menggunakan enjin 1.3L dengan bantuan motor elektrik yang mendapat kuasanya daripada satu set tatarajah bateri. Bateri tersebut dicas semasa pemandu mengurangkan kelajuan kereta melalui kesan pembrekan penjanaan semula (regerative braking).


Generasi kelapan (2006-kini)
..............................................................................
Kesemua opsyen transmisi automatik bagi keluarga generasi kelapan Civic menggunakan transmisi 5 kelajuan. Selain itu, rekabentuk papan pemuka juga adalah dari jenis hibrid, iaitu gandingan takometer analog dan meter kelajuan digital. Pilihan enjin adalah sama ada enjin 1.8L ataupun enjin 2.0L. Transmisi boleh laras berterusan (CVT) digunakan pada model Honda Civic Hybrid yang mengekalkan enjin 1.3L dengan bantuan motor elektrik, tetapi dengan sistem aliran tenaga yang diperbaharui untuk meningkatkan kecekapannya. Generasi kelapan juga turut menampilkan varian Honda Civic Type R Sedan yang setakat ini hanya boleh didapati di Jepun dan Malaysia.

Read More

Khamis, 1 Julai 2010

Harga Kereta Honda Di Malaysia

Honda City 1.5L Grade S - RM84,980 Honda City 1.5L Grade E - RM89,980
Honda Jazz 1.5L Grade S - RM104,800 Honda Jazz 1.5L Grade V - RM109,800
Honda Civic 1.8 Sedan - RM114,980 Honda Civic 2.0 Sedan - RM129,980 Honda Civic Type R - RM199,800 Honda Civic Hybrid - RM129,980

Honda Stream RSZ - RM158,980
Honda Odyssey 2.4L i-VTEC - RM236,785 Honda Accord 2.0 VTi - RM141,800 Honda Accord 2.0 VTi-L - RM149,800 Honda Accord 2.4 VTi-L - RM171,800 Honda Accord 3.5 V6 - RM249,800 Honda CR-V 2.0L i-VTEC - RM147,800 Honda CR-V 2.0L i-VTEC Modulo - RM155,000 Sumber Maklumat : http://harga-kereta.blogspot.com/
Read More

Kemalangan Ngeri..Apa Mau Jadi?

Jadikan lah pengajaran apa yang anda lihat ini...bukan utk menakutkan just sebagai peringatan buat kita semua...
Read More

Kemalangn Acik Spin..

helo2....
wlpon cite ni dh lama, tp aku nk update gak kt blog aku ni...
n aku letak skali video ni....utk pengajaran n kesedaran kite sume smasa memandu spya lebih hati2, n igt2lah org tersayang....bwk kete tu jgn laju2 bonar....kang xleh kawal plak....k...tu je aku nak cakap...hehehe...
Al fatihah buat arwah Abdillah Murad Md. Shari ( Achik Spin) dan takziah buat keluarga arwah. Setiap yang bernyawa pasti akan mati. Kematian adalah sesuatu yang pasti dilalui oleh setiap makhluk yang bernyawa. Namun, kita tidak pernah diberitahu, bilakah masanya ajal kita akan tiba. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan ditempatkan rohnya bersama-sama orang yang beriman dan beramal soleh…amin.
Dibawah ini disertakan video semasa kejadian yang dirakamkan...


video
Read More

Ahad, 27 Jun 2010

Enam Cara Penjagaan Tayar

TAYAR komponen paling utama dan terpenting bagi sesebuah kenderaan. Jika rosak, ia boleh menyebabkan kemalangan, sekali gus mengancam nyawa pemandu dan penumpang tanpa diduga. Cuba periksa tayar kereta anda. Perhatikan di antara satu bunga tayar dengan satu bunga tayar lain terdapat satu penyambung. Jika penyambung itu mempunyai ketinggian yang sama dengan bunga, ini bermakna ia perlu ditukar dalam tempoh tiga hingga empat bulan, bergantung kepada sekerap mana anda menggunakan kenderaan.Berikut beberapa panduan apabila anda mahu menukar tayar kereta.
Pertama
Pilih saiz yang sesuai dengan keupayaan kereta kita. Sebagai contoh, jika Proton Wira 1.3 dan hendak menggunakan sport rim, cukuplah setakat saiz rim 14 inci kerana jika menggunakan saiz 15 inci, kekuatan pecutan kereta akan menurun, speedometer tidak merekodkan bacaan tepat, semua peralatan penyerap hentak akan lebih pendek jangka hayat.
Kedua
Selepas mendapat saiz sesuai,Perhatikan di bahagian tepi tayar. Terdapat satu rangkaian nombor yang dicetak tenggelam ke permukaan tepi tayar. Sebenarnya rangkaian nombor ini memberikan kita maklumat mengenai tarikh tayar dikilangkan (minggu dan tahun).Maklumat ini kita boleh gunakan untuk tujuan keselamatan. Mengikut piawaian tayar antarabangsa, ia hanya boleh bertahan selama dua tahun selepas dikilangkan.
Ketiga
Mengenai saiz, cuba perhatikan rangkaian nombor dan huruf yang tercetak timbul di permukaan tepi tayar. Sebagai contoh 205/50 VR 16 bermaksud tayar itu mempunyai kelebaran 205 mm, ketebalan (dari rim ke permukana jalan) adalah 50 peratus daripada kelebaran 205 mm dan untuk kegunaan rim bersaiz 16 inci. Huruf VR bermaksud, tayar itu sesuai untuk kelajuan sehingga 240 km/j tanpa menjejaskan kekuatan dan ketahanan tayar.
Keempat
Kebanyakan kita lebih suka memilih tayar import. Bagaimanapun, kebanyakan tayar berkenaan dibuat berdasarkan iklim dan apabila digunakan di Malaysia yang panas terik, jangka hayatnya lebih pendek.
Kelima
Tayar sepatutnya ditukar kedudukannya setiap tiga bulan. Caranya, tayar depan kiri ditukarkan ke kanan belakang dan tayar depan kanan ditukarkan ke kiri belakang.
Keenam
Sekiranya kadar kehausan bunga di bahagian tepi kiri dan kanan lebih cepat berbanding di tengah, ini bermaksud selama tekanan angin tayar kurang.
SumberMaklumat:http://www.kereta2u.blogdrive.com/archive/1.html
Read More

Cara Penjagaan Sistem Brek

1. Setiap sebulan sekali, periksa paras minyak brek kereta anda (botol minyak depan vacum pam). Pastikan minyak berada diparas antara minimum dan maksimum. JANGAN SEKALI-KALI MEMANDU SEKIRANYA PARAS MINYAK BREK BERADA DI BAWAH PARAS MINIMUM.
2. Setiap 6 bulan semasa kita hendak merotate tayar kereta kita, periksa pelapik brek. Pastikan lapisan pencengkam masih tebal. Sekira kita dapati pencengkam 'makan' tidak sama antara kiri dan kanan, minta mekanik periksa sistem saluran minyak brek atau sistem tekanan brek kerana kemungkinanatekana yang dikenakan ke atas kedua-dua brek tidak sama dan ini sangat merbahaya kepada pemanduan terutama membrek semasa kelajuan tinggi. Perkara yang sama juga perlu dilakukan kepada brek drum.
3. Sekiranya terdapat kesan lelehan minyak brek (kelihatan cat atau apa-apa bahan berasal dari petroleum mencair) pada mana-mana bahagian, minta mekanik memeriksanya. Jangan ambil mudah perkara ini kerana kebocoran ini mungkin keci tapi akan menjadi besar semasa membrek kerana tekanan yang dikenakan ke atasnya.
4. Semasa menambah minyak brek, pastikan minyak brek yang betul spesifikasinya. Dot 3 untuk kegunaan biasa (biasanya kereta yang mempunyai disk di depan dan drum di belakang) dan Dot 4 untuk kegunaan berat (untuk kereta yang mempunyai sistem 4 roda disk dan kereta berkuasa tinggi). Jika tidak pasti tanya mekanik kerana kesilapan minyak brek boleh menyebabkan keseluruhan sistem brek kita akan mengalami kerosakan terutama pada seal yang diperbuat daripada getah.
5. Sekiranya terdapat kesan calar pada disk atau pada drum, minta mekanik menilai samada boleh pakai lagi atau tidak. Jika kita hendak menukar pelapik brek, saya cadangkan asah kembali disk atau tukar drum kepada yang lebih baik. Kesan calar ini boleh menjadi penghalang pelapik brek mencengkam disk atau drum. Hasilnya, brek akan kurang berkesan.
6. Kerosakan yang selalu berlaku adalah brek 'jam'. Keadaan ini berlaku kerana pelapik brek tidak kembali terapung apabila kita lepaskan brek dan terus mencengkam disk. Kerosakan adalah pada angkup yang mengawal pelapik brek.
7. Untuk kereta auto, pelapik brek hadapan akan lebih cepat haus daripada belakang (biasanya dua kali ganda cepatnya), pastikan anda lebih kerap memeriksa pelapik brek hadapan.
8. Sekiranya anda ingin mengubahsuai sistem brek kereta anda, pastikan anda mendapat kebenaran bertulis daripada JPJ kerana adalah menjadi kesalahan dan syarikat insuran kita akan melindungi anda sekira kemalangan berlaku disebabkan sistem brek dan sistem brek anda telah ditukar tanap kebenaran JPJ.
9. Semasa memandu elakkan kaki daripad sentiasa berada di atas padel brek. Ini dapat menjimatkan penggunaan pelapik brek.
10. Semasa menuruni bukit yang curam, jangan gunakan brek, sebaliknya gunakan brek injin (gear rendah) untuk mengawal kelajuan kereta anda.
11. Sekiranya anda suka memandu laju dan secara aggresive, tukar pelapik brek kereta anda kepada yang lebih tahan panas seperti project U. Pastikan anda menukar juga sistem saluran minyak brek anda kepada saluran bersalut steel. Ini bagi memastikan sistem brek kereta anda dapat berfungsi dalam keadaan tekanan dan suhu dan tinggi dan tindakbalas brek anda akan lebih cepat apabila padel ditekan.
Akhir sekali, cuma pastikan setiap kali anda hantar kereta anda untuk ditukar minyak injin, minta mekanik memeriksa juga minyak brek, minyak gear box, pelapik brek, lampu brek ketiga, aras padel brek dan clucth, tekanan angin tayar, aligment tayar, spark plug, penapis angin, penapis petrol dan sebagainya. Jangan cuma tukar minyak hitam saje kerana peralatan lain perlu juga selalu diperiksa. Jangan tertipu dengan mekanik yang cuma menukar minyak hitam dan penapis minyak hitam apabila kita menghantar kereta untuk di service dan kita dikenakan bayaran yang tinggi untuk upahnya.
Read More

Memeriksa Punca Stereng Kereta Berat

Ada ketikanya pemandu tidak berasa selesa apabila stereng menjadi semakin ketat dan berat. Anda perlu menggunakan lebih tenaga untuk memutar stereng dan keadaan ini menyusahkan terutamanya ketika meletak kenderaan dan apabila perlu banyak membelok.
Antara sebab keadaan ini berlaku termasuk tekanan tayar depan yang terlalu rendah, penjajaran (alignment) tayar depan yang kurang tepat, kekurangan atau kerosakan minyak pelincir di dalam kotak gear stereng, kekurangan gris pada sambungan rod stereng atau pengalas tayar depan dan penyelarasan yang kurang sempurna pada peralatan pengemudian.
Apabila berhadapan dengan keadaan sebegini, mula-mula periksalah tekanan tayar hadapan dan pelinciran sambungan rod stereng. Agar pemeriksaan dapat dilakukan dengan mudah, tongkatlah kenderaan hingga kedua-dua roda depan tergantung. Kemudian periksalah adakah sambungan dan skru sistem pengemudian cukup ketat.
Antara bahagian yang harus diutamakan pemeriksaannya termasuk kotak gear stereng, sambungan bebola atau gantungan depan termasuk hujung dan pangkal rod pengikat. Untuk mengetahui kerosakannya, putarlah stereng ke kiri dan ke kanan. Selepas itu putarlah stereng ke kanan penuh, kemudian gerakkan stereng sedikit ke kiri dan ke kanan.
Sistem pengemudian mempunyai peranan yang sangat penting, maka waspadalah terhadap pelbagai kelainan yang wujud. Dalam keadaan lain pula, ketika memandu kenderaan di atas jalan yang datar, stereng terasa cenderung untuk berputar ke sesuatu arah. Jadi, stereng terpaksa dipegang dengan kuat untuk mengelakkannya terus berputar ke satu arah.
Keadaan ini biasanya terjadi disebabkan tekanan tayar kiri dan kanan yang tidak sama, diameter rim kiri dan kanan yang tidak sama, penyelarasan penjajaran roda depan kurang tepat, pegas (spring) gantungan depan yang sudah lemah, patah atau kurang baik pemasangannya, penggalas roda depan sudah rosak atau kurang baik penyelarasannya dan brek dari salah satu roda depan atau belakang bergesel.
Apabila berhadapan dengan keadaan ini, pertama pastikan bahawa beban kenderaan cukup seimbang. Kemudian periksalah sama ada kedua-dua tayar depan dan belakang sama tekanannya. Jika tidak, samakan. Pandu kenderaan perlahan-lahan di atas jalan datar. Luruskan arah kenderaan, rasa dan perhatikan bagaimana kenderaan berjalan. Apabila kenderaan masih cenderung untuk membelok ke satu arah, hentikan kenderaan dan lakukan pemeriksaan seterusnya.
Diameter luar rim kiri dan kanan (untuk roda depan dan belakang) harus sama. Kemudian periksa adakah salah satu pegas depan sudah lemah atau patah. Selain itu, ada kemungkinan juga penyelarasan brek kurang baik atau hanya sebelah yang berfungsi.
Kerosakan pada sistem kemudi boleh menjejaskan sistem keselamatan. Oleh itu, penjagaan aspek penjajaran roda depan tidak boleh dipandang ringan.
Read More

Punca Penggunaan Minyak Petrol Bertambah

Sebelum ini anda mengisi RM30 untuk mengisi petrol kereta anda dan boleh bergerak hingga 200 kilometer. Kini dengan jumlah yang sama kereta anda cuma dapat bertahan 150 kilometer saja. Ada yang mengatakan kereta anda sudah kuat makan petrol.
Penggunaan petrol yang bertambah disebabkan beberapa faktor seperti kebocoran, permukaan bahan api dalam ruang pelampung karburetor terlalu tinggi, penapis udara tersumbat atau pelarasan skru pada karburetor kurang tepat.
Selain itu, ia mungkin berpunca daripada saat penyalaan kurang tepat, plag haus, suis pemutus arus terbakar, mampatan tidak cukup, injap yang tidak berfungsi, ekzos tersumbat, masalah pada cekam atau brek bergesel.
Bagi mengetahui puncanya, pertama, pemilik perlu memeriksa dengan melihat pada tempat meletak kenderaan.
Jika ada bekas titisan minyak atau terhidu bau petrol di kawasan itu, bermakna kenderaan mungkin mengalami kebocoran dan ia perlu dihantar ke bengkel untuk dibaiki. Bagaimanapun, jika kebocoran berlaku pada sambungan paip petrol, ketatkan sambungan yang longgar menggunakan spanar dan jika masih bocor, buka skru berkenaan dan lilitkan benang vinil dan ketatkan sambungan itu kembali.
Sebenarnya ada beberapa tip dan cara yang paling minimum untuk menjimatkan penggunaan bahan api sekali gus menjimatkan perbelanjaan harian anda. Sehubungan itu, adalah penting bagi anda memerhatikan kadar penggunaan petrol bukan sekadar harganya tinggi tetapi penggunaan bahan itu secara berlebihan menandakan enjin kereta anda mengalami kerosakan.
Jika anda mendapati penggunaan petrol pada kenderaan secara berlebihan, periksa puncanya sebelum membeli sebarang alat bantuan mengurangkan penggunaan petrol yang banyak di pasaran. Ini kerana pembelian alat berkenaan mungkin tidak memberi kesan sepatutnya jika keadaan enjin kereta anda mengalami masalah hingga menyebabkan penggunaan petrol bertambah. Umumnya cara terbaik mengekalkan tahap penggunaan petrol ialah dengan melakukan pelarasan enjin.
Selain itu, perkara penting yang perlu diketahui pengguna ialah sikap dan cara pemanduan kerana ia banyak mempengaruhi penggunaan petrol kereta. Antaranya, menggunakan gear dua atau tiga terlalu lama sebelum menukar ke gear seterusnya, tabiat menekan pedal minyak terlalu kuat ketika pemanduan mendatar atau menuruni bukit boleh menyebabkan penggunaan petrol yang berlebihan. Sehubungan itu, apabila anda melakukan pelarasan enjin, ia membantu mengurangkan penggunaan petrol sehingga 15 peratus di samping teknik memandu yang salah juga menjadi punca penggunaan petrol melebihi 20 peratus atau lebih.
Di samping itu, anda juga perlu mengetahui apabila membawa bebanan yang lebih daripada kadar yang sesuai juga menyebabkan kadar penggunaan petrol melebihi dari tahap biasa.
Oleh itu, anda perlu perhatikan dalam but kereta anda, mungkin ada banyak barang yang tidak sepatutnya berada dalam but tetapi dibawa ke sana ke mari. Ia pasti menambah beban enjin.
Anda harus membawa barang yang perlu saja seperti alat membaiki kereta dan alat yang dapat membantu ketika kecemasan.
Karier (alat membawa barang atas bumbung kereta) juga boleh menambah penggunaan petrol pada kadar lima peratus. Karier menghalang udara berlepas ke belakang dengan sempurna ketika kereta memecut.
Enjin dalam keadaan panas normal juga boleh membantu meningkatkan perbatuan dan prestasi kereta anda. Biarkan enjin panas sebelum memulakan perjalanan dan jangan sekali-kali memulakan perjalanan tanpa terlebih dulu merancang jalan mana untuk ke destinasi.
Read More

Tips Penjagaan Kereta

Tayar Haus Antara Punca Kenderaan Bergetar
Ada ketikanya pemandu kereta tidak selesa apabila stereng yang dipegang bergetar dan tidak stabil kerana berat ke sebelah kiri atau kanan. Lebih merisaukan apabila seluruh badan kereta ikut bergetar. Apabila berhadapan dengan keadaan ini, antara sebab utama kerosakan yang berlaku diberi perhatian termasuk tekanan tayar depan terlalu rendah atau ukurannya tidak sama, kehausan tayar depan tidak sama, kehausan atau kelonggaran sambungan sistem kemudi atau kotak gear stereng bergoyang, penyelarasan jajaran roda depan kurang tepat dan roda depan tidak seimbang.
Jika menghadapi masalah seperti itu pemandu dan penumpang pasti tidak selesa, lebih-lebih lagi jika sedang dalam perjalanan jauh. Untuk itu, punca kerosakan dan getaran perlu diketahui. Apabila memandu kenderaan penumpang atau trak, terutama trak kecil diatas jalan kasar atau rosak, biasanya akan terasa ada goncangan sehingga stereng perlu dipegang dengan kuat. Namun demikian, anda juga dapat merasakan adanya getaran atau goncangan pada stereng dan badan kenderaan walaupun keadaan jalanraya datar dan baik, pada suatu kelajuan antara 70 kilometer sejam (kmj) dan 80km.
Keadaan sebegini dinamakan 'shimmy'. Jadi, jika berhadapan dengan keadaan begini mula-mula periksalah tekanan tayar depan, keadaan sistem kemudi atau skru roda depan. Kemudian periksa kehausan tayar depan, sebaik-baiknya masih mempunyai rusuk bunga dengan tebal sekurang-kurangnya 2mm. Gunakan tayar baru untuk perjalanan keluar bandar. Ada kemungkinan getaran yang berlaku boleh dihilangkan apabila tayar yang sudah haus diganti dengan tayar baru atau setelah tayar kiri-kanan ditukar kedudukannya. Namun demikian, jika getaran masih terasa juga, sebaiknya pemeriksaan dilakukan dengan lebih teliti kerana dibimbangi kerana disebabkan kehausan atau kelonggaran pada sistem rod kemudi dan sistem gantungan depan; atau kerana penyelarasan penjajaran roda depan yang kurang tepat hingga menyebabkan roda tidak seimbang. Untuk memeriksa dan membuat pembaikan bagi masalah berkenaan diperlukan alat dan kemahiran. Roda tayar dilengkapi satu alat pengimbang. Alat itu menunjukkan letak dan besarnya pengimbang yang harus dipasang pada rim roda.
'Shimmy' boleh terjadi apabila roda tidak dikunci dengan baik pada tempatnya, atau rod gandar tidak segaris dengan lubang pada roda. Jadi, banyak faktor yang boleh menyebabkan 'shimmy'; beberapa kesalahan dapat diperbaiki dengan mudah tetapi ada pula yang memerlukan kepakaran tertentu untuk mengatasinya.
Read More

cara-cara menukar tayar pancit

Ini sebenarnya kemahiran yang perlu tahu oleh semua pemilik kenderaan tidak kira samada lelaki ataupun perempuan.ini adalah kerana masalah ini timbul tidak kira masa dan tempat.Maka semua pemilik mesti mengetahui cara menukar tayar. Apa peralatan yang kita perlukan apabila kita ingin menukar tayar yang pancit: 1) Jek 2) Wrench 3) Pembuka penutup roda 4) Tayar ganti Peralatan diatas merupakan barangan yang dikeluarkan oleh kilang bagi setiap kereta.Pastikan jika anda menggunakan pengunci skru pada tayar anda pastikan ianya dibawa bersama. Langkah 1 Berhentikan kereta dibahu jalan dan pastikan ia tidak mengganggu keadaan lalulintas.Periksa dahulu keadaan tayar ganti yang ingin ditukar itu dalam keadaan baik dan mempunyai tekanan udara yang mencukupi.Tayar ganti ini terletak dibut belakang kereta. Langkah 2 Jika kereta anda menggunakan penutup rim,gunakan pembuka penutup untuk membuka supaya untuk mendedahkan skru pengikat tayar.Dengan menggunakan wrench,longgarkan skru pengikat tayar kereta anda yang telah pancit.Pusingkan ia kearah lawan jam untuk melonggarkannya. Langkah 3 Letakkan jek kereta pada jacking point kereta anda.Biasanya tempat inimempunyai lekuk penanda yang membolehkan longkang jek berada betul-betul berada pada jacking point tersebut. Langkah 4 Dengan menggunakan winder,putarkan jek kearah putaran jam untuk menaikkan kereta anda sehingga terpisah permukan tayar dengan jalan.Kemudian tanggalkan tayar yang pancit tersebut dan letak dibawah kereta untuk keselamatan Langkah 5 Gantikan tayar yang pancit tadi dengan tayar ganti kereta anda dan ketatkan sedikit skru tayar dengan menggunakan wrench tayar mengikut arah jam. Langkah 6 Turunkan semula kereta dengan memutarkan winder mengikut arah lawan jam.Ketatkan semula skru tayar dengan menggunakan wrench dengan mengikut arah jam.Jika kereta anda disertakan penutup tayar,pastikan anda memasangnya semula. Langkah 7 Selepas itu pastikan tayar yang pancit tadi disimpan didalam but mengikut kedudukan tayar ganti.Simpan semula peralatan yang telah digunakan ditempatnya.Bawalah tayar yang sudah pancit tadi ke kedai tayar untuk ditampal.. selamat menukar tayar... **aku post mende ni sbb, penah 1ari tu, ditgh2 mlm masa wife aku bwk kete, tba2 tayar pancit..die x taw camane nk tukar tayar..sebaik ade org nk tlg..so aku harap die n sume org yg xtaw, baca ni sbg panduan...huhuh**
Read More

Followers

apamaujadi.com. Dikuasakan oleh Blogger.